Enakkan Cucur Udang

Cucur udang merupakan makanan yang digemari ketika minum petang. Lebih-lebih lagi ketika dihidang bersama secawan teh.

Untuk menjadikan cucur menjadi enak dan lembut, kisar beberapa keping tauhu dan masukkan ke dalam adunan tepung untuk cucur udang. Masukkan juga sedikit garam, kunyit dan sedikit perasa. Gaul hingga sebati. Masukkan air masak yang tidak terlalu panas dan goreng hingga kekuningan.

(Sri dewi & Keluarga)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.