Tip Pengurusan Peti Ais Yang Betul

UTK BAHAN-BAHAN :

πŸ’š SOS

Sos cili, sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka.

Ada yang suka simpan kat luar tp cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis β€œrefrigerate after opening”.

Ini utk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.

πŸ’š SUSU

Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dlm peti ais dibahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpn dengan tin2 sekali dlm peti ais, sbb kita tahu dlm peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason πŸ˜… tu belum lg kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang

Susu segar/ susu kotak simpan kat bahagian dalam, jgn simpan kat bahagian pintu. bahagian pintu suhu nya pling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cpt rosak

πŸ’šTELUR

Cara menyimpan telur dengan betul

Ada dua cara:

1. Simpan di luar peti ais

βœ…lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang2nya sebelum best before date)

βœ…jangan dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan utk menghalang bakteria masuk dlm telur dan percepatkan proses telur rosak

βœ…simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan skjp pnas sekejap sejuk

2. Simpan dalam peti ais (chiller)

βœ…Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sbb pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cpt rosak.

βœ…kalau disimpan bahagian dlm peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat utk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jgn dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dlm peti ais

βœ…jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh

πŸ’šUBAT-UBATAN

Ramai yang suka letak ubat dlm peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais, kan ?

πŸ˜… Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagian pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada. Ubat2 cecair sngt sensitif dgh haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasan nya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label β€œkeep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dlm kabinet yang jauh dr chy matahari dan agak dingin.

So nak simpan kat mana, simpan je dlm kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpn je dlm pntry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So pentingnya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu. Detail Pengurusan kabinet ubat akan di update nanti.

BEKAS SIMPANAN CANTIK DAN MURAH

Kredit : Empunya Tips @KRTUBK

Semoga perkongsian bermanfaat πŸ‘

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.