Tip anak-anak cergas

Penjagaan kesihatan kulit dan rambut bukan sahaja perlu dilakukan oleh orang dewasa tetapi kanak-kanak turut perlu melakukan hal yang sama. Penjagaan kecantikan dan kebersihan kanak-kanak dari hujung rambut sampai ke hujung kaki perlu diberi perhatian.

Anak Cergas Dan Cerdas

Ia penting untuk mengelakkan berlaku sebarang risiko masalah kulit. Mengamalkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran segar boleh menjadikan kulit tidak kering dan rambut kelihatan segar.

 

Gantikan air kordial dengan jus buah segar yang diproses sendiri. Melalui cara ini anda dapat mengawal pengambilan kandungan gula dan menggalakkan pengambilan serat bermula sejak anak masih kecil lagi.

 

Ia sekaligus mendedahkan si kecil kepada amalan pemakanan sihat untuk mendapat kehidupan yang aktif dan baik sehingga dia meningkat dewasa.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.