Tembikai Bantu lelaki

LELAKI berusia 55 tahun ke atas kerap diserang darah tinggi berbanding wanita. Justeru itu, bagi mengelak penyakit ini, apa kata makan tembikai.

Kajian perubatan menunjukkan buah tembikai tinggi kandungan kalium (potassium) yang berperanan mengurangkan tekanan darah tinggi serta strok.

Amalkan makan tembikai walaupun sepotong kerana ia bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.

(iSIHAT Jun 2013)

Selain itu, kelebihan buah tembikai untuk lelaki adalah :

Kesihatan Prostat

Tembikai mengandungi banyak lycopene, dan lycopene berperanan sebagai antioksidan yang menjaga kesihatan kulit, jantung dan kantung prostat.

Sebuah ujian yang dilakukan oleh doktor di The University of Illinois di Chicago yang memberikan pengambilan lycopene dalam masa tiga minggu secara berkala kepada pesakit prostatektomi.

Hasil ujian menunjukkan bahawa ada pembaikan kerosakan pada tisu prostat. Pengambilan tembikai untuk lelaki normal pula berfungsi mencegah kanser prostat dan gangguan di bahagian tersebut.

Disfungsi Erektil

Kulit tembikai mengandungi phyto-nutrien yang sangat tinggi bernama citrulline. Citrulline boleh membantu mengendurkan saluran darah di bahagian organ pembiakan sehingga aliran darah lancar.

Citrulline dapat meningkatkan kadar oksida nitrik sehingga aliran darah lancar ke seluruh tubuh, termasuk pada bahagian Mr P.

Jadi, jangan hanya makan buahnya saja, kulit tembikai juga mempunyai manfaat. Anda boleh mengambil bahagian yang putih dan jadikan jus untuk diminum.

Sumber artikel: sentiasa panas

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.