Kecantikkan Daerah Kewanitaan

Organ kewanitaan adalah aset penting bagi seorang wanita. Terutama yang sudah berumahtangga. Rawatan yang baik dapat meningkatkan kehormonian rumahtangga dalam menyulam kasih.

A. Tentang Herba

V-SPA (Vitaliti Spa) merupakan suatu bentuk rawatan tubuh yang menfokuskan pada rawatan organ intim wanita. Proses penguapan dan pengasapan pada kawasan organ intim wanita bertujuan mengurangkan kelembapan seperti antiseptik, peningkatan ghairah seksual, hilangkan bau badan dan bau tidak sedap dari organ intim. Bagi yang menikah, terapi organ intim bermanfaat untuk mengencangkan organ intim dan meningkatkan kualiti hubungan intim dan meningkatkan rasa percaya diri terhadap pasangan. Rawatan herba selamat dilakukan maksimum dua kali seminggu.

B. Jenis herba

  1. Herba rebus. Paling mudah, hanya perlu mencelupkannya dalam air yang mendidih lalu wapkannya ke organ intim anda selama 20 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.
  2. Herba bakar. Nyalakan lilin, letakkan lilin bawah tungku, letakkan 1 herba atas tungku, arahkan asap herba ke organ intim selama 20 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih atau air rebusan herba.
  3. Herba rebus serbuk dan bakar. Serbuk herba ditaburkan atas para arang lalu asapnya arahkan ke organ intim selama 20 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.

Rawatan herba vagina juga berfungsi untuk merawat kebersihan dan kesihatan vagina dari gangguan kulat, gata-gatal, keputihan, bau yang tidak sedap dan mencegah jangkitan pada vagina. Vagina akan menjadi bersih dan wangi dengan bau herba. Jika anda ingin melakukan rawatan herba vagina, pastikan anda tidak hamil atau dalam masa menstruasi.

petikan dari buku Tip dan Petua Kecantikkan Harian

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.