Soalan
Teman-teman mengatakan ubat perancang tidak sesuai untuk menjarakkan kehamilan kerana boleh mengakibatkan kanser rahim. Malah, boleh menambah berat badan. Apakah ia benar dan cara terbaik jika saya ingin menjarakkan kehamilan?
Jawapan
Secara amnya pengambilan ubat-ubatan mampu mendedahkan individu yang mengambilnya kepada kesan sampingan walaupun ia diambil dalam dos atau kekuatan yang disarankan.
Hal ini terjadi kerana sifat semula jadi ubat-ubatan tersebut tidak dapat dielakkan. Tidak kira apa fungsi ubat-ubatan tersebut diambil.
Pengambilan pil perancang dapat mengawal penghasilan hormon badan wanita dan seterusnya mengawal penghasilan telur. Kesan sampingan yang sering timbul akibat pil perancang melibatkan penurunan berat badan dan menghasilkan kulit yang cantik.
Masalah hanya timbul apabila berhenti mengambil pil perancang. Peningkatan berat badan berlaku dan ramai mengalami masalah kulit seperti jeragat dan jerawat yang serius sejurus selepas berhenti mengambil pil perancang.
Sesetengah wanita turut mengalami kanser rahim setelah berhenti mengambil pil. Walau bagaimanapun, ia belum dapat dibuktikan 100% kerana kanser mungkin disebabkan oleh banyak faktor.
Perancangan keluarga boleh dilakukan secara semula jadi tanpa perlu mengambil pil perancang. Walau bagaimanapun ia memerlukan kerjasama pasangan untuk memastikan keberkesanannya.
Penggunaan K.O.N.D.O.M atau melakukan hubungan suami isteri semasa waktu tidak subur adalah antara kaedah yang paling mudah dalam perancangan keluarga.
Petikan dari majalah PaMa
K.O.N.D.O.M merujuk kepada alat mencegah kehamilan dan penyakit bawaan seksual (STD) seperti gonorea, siflis and AIDS. Alat ini berfungsi untuk membendung sperma (air mani) daripada memasuki faraj. K.O.N.D.O.M pertama diperbuat daripada urat perut haiwan (babi). Pada masa sekarang, ia hampir keseluruhannya diperbuat daripada lateks.