Petua Cepat Dapat Anak, Cahaya Mata

Pasangan yang sudah lama berkahwin pasti ingin menimbang cahaya mata. Pelbagai usaha di lakukan tetapi si isteri masih belum berbadan. Belum hamil, bukan isteri sahaja penyebabnya.. malah si suami juga memainkan peranan. Bekerjasamalah dalam setiap usaha untuk mendapatkan anda.

Tougeh dikatakan sebagai tumbuhan yang memberi peluang untuk mendapatkan cahaya mata. Si suami disarankan selalu makan tougeh. Contonnya sayur tougeh goreng. Makanlah sekerap yang boleh.

taugeh goreng

Manakala bagi si isteri, ikuti petua di bawah ini.

Cara-caranya:

Ambil segenggam kacang hijau. Kemudian rendam kacang hijau itu selama 2 hari iaitu sehingga tumbuh ekor anak tauge kira-kira 2 kali panjangnye kepala tauge. Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau supaya kacang tu ditenggelami air.

Kemudian tutup bekas tu. Bila sudah menjadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada. iaitu kulit kacang hijau. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana. Dan apabila air rebusan itu tinggal separuh, tapis dan ambil air rebusan yang tinggal. Cukup segelas.

Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur. Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepatkan menimang cahaya mata.

 

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.