Ramai yang ingin berumahtangga dengan pasangan yang dicintai. Setelah berumahtangga ingin mengeratkan kasihsayang berpanjangan dengan tawa riang, senda gurau dan suasana riang dan bising bersama anak2 cahaya mata dan penyejuk mata dan waris yang bakal menyambung dan memberi pahala dan mengurangi dosa kita setelah meninggal dunia nanti.
Namun begitu masih ramai yang belum di beri anugerah terindah itu lagi; Cahaya Mata. Disini, ada beberapa tips.. Insya-Allah ada hasilnya buat anda berdua.
1. Berdoa agar ISTERI cepat hamil
Sentiasalah berdoa kepada Yang Maha Esa agar di beri zuriat yang soleh atau solehah. Dan kemudian, melakukan semua tips ini, kerana Doa tanpa USAHA tiada hasilnya.
2. Lakukan hubungan intim dengan isteri ketika tahap kesuburan isteri tinggi.
Tambahan, ketika tahap sensitive hidung isteri meningkat atau berkesan (iaitu tidak selsema atau sakit hidung). Menurut pemerhati, jika seseorang wanita dimana tahap sensitiviti hidung kepada bauan adalah tinggi, dia berada dalam keadaan subur. Jadi, jangan sia-siakan peluang ini, bercintalah dengannya. Dan jangan lupa baca doa dahulu.
3. Kesabaran yang tinggi.
Diperlukan kesabaran mengatasi fakta bahawa hamil hanya 15% setiap bulan. Menurut pakar, Wanita berusia 30an k eatas memerlukan 8 bulan dan melakukan hubungan intim sebanyak 140 kali agar dapat hamil. Perlukan tahap kesabaran yang tinggi di samping berdoa selalu.
4. Kesihatan gigi dan rongga mulut.
Ini adalah syarat yang PENTING jika seseorang itu menginginkan anak. Kesihatan dan kebersihan di bahagian ini hendaklah diberi perhatian. Menurut pakar, infeksi gusi (infection) adalah salah satu penyebab kelahiran pramatang atau kematian janin. Selain itu, ia berpotensi melemahkan Sperma yang akan bercantum dengan sel telur wanita. Oleh itu, jaga kebersihan dan kesihatan rongga mulut dan gigi. Tambahan, kalau mulut anda berbau, tentu pasangan anda malas untuk mencium anda kan?
5. Foreplay atau pemanasan.
Ini bukan pemanasan global tetapi proses pemanasan atau “ringan2” sebelum ‘exercise’. Menurut pakar, bagi lelaki yang melakukan foreplay sebelum ejakusi atau ‘klimaks’ akan mengeluarkan 25 juta sperma. Oleh itu, tambahkan adegan foreplay yang berkesan sebagai cara tepat agar wanita anda lebih mudah hamil.
Tip: Amalkan memakan saderi untuk meningkatkan keinginan seks.
Petikan dan Ubahsuai daripada info rumahabi.